Baca Akaun Macam CFO™ — Faham Nombor. Kenal Masalah. Buat Keputusan.
📅 1 September 2026 (Selasa)  •  9.30 pagi – 1.30 petang  •  Online via Zoom  •  Bermula RM69 sahaja | Khas untuk Founder, Director & Management SME | Faham Nombor. Kenal Masalah. Buat Keputusan. | 📅 1 September 2026 (Selasa)  •  9.30 pagi – 1.30 petang  •  Online via Zoom  •  Bermula RM69 sahaja | Khas untuk Founder, Director & Management SME | Faham Nombor. Kenal Masalah. Buat Keputusan. |
Masterclass Kewangan untuk Founder SME

Sales Tinggi. Untung Ada.
Tapi Kenapa Duit
Tak Cukup?

Baca Akaun Macam CFO - Masterclass Kewangan

Belajar membaca laporan kewangan syarikat anda supaya anda boleh faham nombor, kenal masalah, dan buat keputusan.

📅 1 September 2026 (Selasa)
9.30 pagi – 1.30 petang
💻 Online via Zoom
👉 Ya, Saya Nak Faham Nombor Syarikat Saya
Bermula RM69 sahaja  •  Termasuk Founder Financial Health Workbook

Anda tengok sales. Nampak naik.

Accountant pula kata syarikat anda untung.

Tetapi bila tiba masa nak bayar gaji pekerja, supplier, loan, cukai, dan komitmen bulanan...

Anda mula tengok baki bank dan tertanya-tanya.

"Kalau syarikat aku untung,
ke mana pergi semua duit ni?"

Mungkin masalahnya bukan syarikat anda tak buat duit. Mungkin anda cuma tak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada duit tersebut.

Ini situasi sebenar yang sering berlaku
Sales Setahun RM5,000,000
Untung Selepas Cukai RM500,000
Baki Bank Hari Ini RM80,000
Kos Operasi Sebulan RM185,000

Cash yang ada tidak cukup
untuk sebulan operasi.

Syarikat yang mencatat untung RM500,000 tidak mampu menanggung satu bulan perbelanjaan operasinya sendiri. Ini bukan kes yang luar biasa.

Kalau Syarikat Untung RM500,000...
Ke Mana Pergi Duit Itu?

Debtor
RM700,000
Belum Terkutip
Customer sudah ambil barang atau servis. Tetapi masih belum bayar.
Stock
RM300,000
Dalam Stor
Barang sudah dibeli. Tetapi masih duduk menunggu dijual.
Akaun Director
RM250,000
Keluar Syarikat
Duit telah keluar daripada syarikat kepada owner.

Duit Itu Tak Hilang.
Ia Cuma Pindah Rumah.

Soalannya bukan sekadar "Berapa profit syarikat aku?" — tetapi "Profit itu sekarang berada di mana?" Kerana anda tidak boleh guna profit atas kertas untuk bayar gaji. Anda perlukan cash.

Mungkin Ini Antara Perkara
Yang Anda Selalu Fikir...

Sales tinggi. Company mesti sihat.
Tidak semestinya. Sales tinggi tidak menjamin keuntungan tinggi. Dan keuntungan tinggi tidak menjamin cash yang cukup.
Bank banyak. Maksudnya company untung.
Duit dalam bank mungkin datang dari loan, deposit customer, atau modal tambahan — bukan keuntungan sebenar.
Accountant kata untung. Tapi kenapa cash tak cukup?
Sebab: PROFIT ≠ CASH. Cash anda mungkin tersekat dalam debtor, stock, aset, atau akaun director.
Balance Sheet bukan urusan saya.
Di situlah tersimpan jawapan kepada masalah cash anda. Bila anda tahu cara membacanya, anda tahu ke mana duit pergi.
Tak apa. Nanti tunggu audited account.
Audited account memberitahu apa yang sudah berlaku. Sebagai founder, anda perlu tahu apa yang sedang berlaku sekarang — supaya anda boleh buat keputusan untuk apa yang akan berlaku selepas ini.

Baca Akaun Macam CFO™

Ini bukan kelas accounting. Kami bukan nak jadikan anda seorang accountant.

Anda tidak perlu belajar:

  • Debit kredit
  • Journal entry
  • Double entry
  • Tutup akaun
  • Sediakan audited account

Kami ajar anda cara melihat nombor sebagai seorang Business Owner — supaya anda tahu apa yang perlu dibaca, apa yang perlu dicurigai, apa yang perlu ditanya, dan apa tindakan yang perlu dibuat.

01
Tahu Keadaan Sebenar Syarikat
Baca nombor sebagai satu cerita — sales, kos, margin, asset, hutang, dan cash — bukan sebagai angka yang berdiri sendiri.
02
Tahu Ke Mana Cash Pergi
Bila profit ada tapi cash semakin kurang, anda akan tahu di mana hendak mula mencari jawapan.
03
Tahu Apa Yang Perlu Dibuat
Tukar nombor kepada insight, insight kepada tindakan. Bina 90-Day Founder Financial Action Plan untuk syarikat anda sendiri.

Cara Kami Ajar Anda
Berfikir Macam CFO

Langkah 01 — Read
Baca Laporan
Fahami 3 laporan utama: P&L, Balance Sheet, dan Cash Flow. Tahu apa sebenarnya yang perlu dilihat.
Langkah 02 — Question
Tanya Soalan Yang Betul
Tahu soalan spesifik yang perlu ditanya kepada accountant, finance team, dan business partner.
Langkah 03 — Diagnose
Kesan Masalah
Kenal pasti lebih dari 20 red flag kewangan menggunakan framework P.C.A.D.O.™ sebelum masalah menjadi krisis.
Langkah 04 — Decide
Buat Keputusan
Tukar nombor kepada insight, priority, dan action. Bina pelan tindakan kewangan anda.

Apa Yang Akan Anda Pelajari

M01
Bisnes Aku Sebenarnya OK Ke?
Kenal pasti 5 soalan besar yang setiap founder sepatutnya boleh jawab tentang syarikat sendiri.
M02
The Big Picture
Fahami bagaimana P&L, Balance Sheet, dan Cash Flow sebenarnya saling berkait.
M03
Baca P&L Macam Owner
Revenue, COGS, GP Margin, Operating Expenses, Net Margin — dan kenal pasti red flag sebelum keuntungan bocor.
M04
Baca Balance Sheet Tanpa Pening
Debtor, Stock, Asset, Liability, Akaun Director — dan kenal pasti di mana cash mungkin tersekat.
M05
Profit ≠ Cash
Fahami bagaimana syarikat boleh untung atas kertas tetapi tidak cukup cash dalam bank.
M06
Financial Health Check — P.C.A.D.O.™
Nilai kesihatan syarikat anda melalui Profit, Cash, Asset, Debt, dan Owner.
M07
You Are The CFO
Case study berasaskan nombor sebenar. Anda sendiri akan cuba membuat diagnosis — kemudian kita bedah bersama.
M08
From Numbers to Decision
Tukar nombor kepada insight kepada tindakan. Situasi biasa yang dihadapi founder, diselesaikan langkah demi langkah.
M09
90-Day Founder Financial Action Plan
Tentukan apa yang perlu diperbaiki, apa yang perlu dibuat dahulu, dan apa yang boleh dipantau setiap bulan.

Anda Juga Akan Menerima
Founder Financial Health Workbook

Bukan sekadar slide kelas — alat yang boleh anda gunakan semula apabila melihat nombor syarikat anda.

P&L Case Study
Latihan membaca laporan keuntungan dan kerugian.
Balance Sheet Case Study
Belajar membaca dan mencari masalah daripada data syarikat.
Financial Health Scorecard
Gunakan framework P.C.A.D.O.™ untuk nilai keadaan syarikat anda.
Red Flag Checklist
Lebih daripada 20 tanda amaran untuk kesan masalah lebih awal.
10 Soalan Untuk Accountant
Tahu apa yang perlu ditanya dalam meeting kewangan anda.
Monthly Founder Pack Checklist
Panduan laporan yang patut anda lihat setiap bulan.

Pilih Pakej Anda

Basic
RM69
  • Akses ke Live Masterclass
  • Founder Financial Health Workbook
  • Case Study + Bedah Jawapan
  • Sesi Soal Jawab Langsung
Saya Nak Mula Faham Nombor
Premium
RM169
  • Semua dalam Standard
  • Sesi 1-to-1 bersama pakar
  • Financial Health Review syarikat anda
  • Diagnosis menggunakan P.C.A.D.O.™
  • Cadangan keutamaan tindakan 90 hari
Saya Mahu Akaun Saya Dibedah

Satu Keputusan Salah Boleh Kos
Lebih Daripada Harga Kelas Ini

RM380,000 Cash tersekat dalam debtor yang lambat bayar
RM650,000 Potensi keuntungan hilang apabila margin jatuh tanpa disedari
Anda tak boleh membaiki masalah yang anda tak nampak.
Dan anda tak nampak jika anda tidak tahu cara membaca nombor.

Soalan Yang Selalu Ditanya

Saya bukan orang account. Boleh ikut ke?
Boleh. Kelas ini memang dibina untuk founder, director dan management yang tidak mempunyai latar belakang accounting. Kami tidak ajar anda membuat journal entry — kami ajar anda membaca laporan yang sudah disediakan dan memahami apa yang nombor tersebut sedang cuba beritahu.
Saya dah ada accountant. Masih perlu ke?
Ya. Accountant membantu menyediakan dan menguruskan akaun. Tetapi sebagai founder, anda masih perlu membuat keputusan berdasarkan nombor tersebut. Kelas ini membantu anda tahu apa yang perlu dilihat, apa yang perlu ditanya, dan apa tindakan yang perlu difikirkan.
Kelas ini online atau fizikal?
Kelas ini dijalankan secara online melalui Zoom pada 1 September 2026 (Selasa), 9.30 pagi hingga 1.30 petang. Anda boleh join dari mana-mana sahaja.
Kalau saya tak dapat hadir live?
Peserta pakej Standard dan Premium akan menerima akses kepada rakaman penuh kelas. Anda boleh ulangkaji semula bila-bila masa yang sesuai.
Perlu bawa akaun syarikat saya?
Tidak wajib. Tetapi jika anda mempunyai management account atau laporan kewangan terkini, anda boleh gunakan pembelajaran daripada kelas ini untuk mula melihat nombor syarikat sendiri.
Syarikat saya masih kecil. Sesuai ke?
Sesuai. Lebih awal anda memahami nombor syarikat, lebih mudah untuk anda mengesan masalah sebelum ia menjadi lebih besar. Kelas ini direka untuk SME dari pelbagai peringkat pertumbuhan.
Apa beza pakej Premium?
Selain semua pembelajaran dalam pakej Standard, peserta Premium akan mendapat sesi khas untuk melihat keadaan kewangan syarikat sendiri bersama pakar. Anda bukan sekadar belajar daripada case study — anda akan mula melihat nombor syarikat anda sendiri, dengan diagnosis menggunakan framework P.C.A.D.O.™ dan cadangan tindakan 90 hari.

"Profit itu
berada di mana?"

Soalan itu memberi anda kawalan. Sebagai founder, anda perlu tahu apa yang sedang berlaku kepada duit syarikat anda — sebelum masalah menjadi terlalu besar untuk diperbaiki.

👉 Ya, Saya Nak Berhenti Mengagak dan Mula Faham Nombor Syarikat Saya

1 September 2026 akan datang dan berlalu sama ada anda daftar atau tidak.

Soalannya cuma satu: Bulan depan, adakah anda masih membuat keputusan berdasarkan andaian?